Saturday, August 2, 2008

Komander Israel mengaku arah tembak rakyat Palestin

BAITULMAQDIS 1 Ogos - Seorang komander tentera Israel mengaku mengarahkan seorang tentera menembak seorang rakyat Palestin menggunakan peluru getah ketika mata dan tangan lelaki itu diikat, lapor sebuah televisyen Israel, Channel 10.
Pegawai berkenaan, Leftenan Kolonel Omri memberitahu penyiasat bahawa ia secara melawak mengarahkan askar berkenaan menembak rakyat Palestin itu.
Menurut askar yang melepaskan tembakan itu, dia melepaskan tembakan tersebut setelah mendapat arahan daripada pegawai atasan.
Tindakan kejam berkenaan telah berjaya dirakam oleh kamera dari sebuah kumpulan hak asasi Issrael, B'Tselem, yang menunjukkan pegawai atasan itu telah memegang tangan lelaki Palestin itu, manakala seorang lagi askar sedang menghalakan senapang ke arah kakinya.
Omri berkata, dia tidak memberi arahan supaya lelaki itu ditembak tetapi mahukan askar terbabit mengacukan senapangnya kepada lelaki Palestin itu yang dikenali sebagai Ashraf Abu Rahma, 27, untuk menakut-nakutkannya.
Pihak tentera Israel melancarkan satu siasatan khas setelah rakaman tersebut disiarkan oleh televisyen Palestin dan Omri telah digantung tugas selama 10 hari selepas gagal dalam ujian menggunakan alat pengesahan penipuan.
- AFP

Ulasan :

Sikap biadap tentera Israel bukan bermula di sini sahaja. Terlalu bayak bukti yang direkodkan malah yang tiada direkodkan berlambak-lambak lagi. Isu ini bermula setelah sebuah kumpulan hak asasi Israel, B'Tselem berjaya merakamkan aksi seorang tentera Israel menembak Ashraf Abu Rahma, 27 yang matanya ditutup dan tangannya diikat dan video ini telah disiarkan di Siaran Televisyen Palestin. Setelah itu, barulah pihak tentera Israel melancarkan siasatan dan hasilnya Komander tentera Israel Leftenan Kolonel Omri memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia hanya bergurau supaya pemuda tersebut ditembak dengan peluru getah. Lihatlah wahai umat Muhammad! Musuh-musuh Allah ini masih boleh bergurau untuk menganiaya dan menghancurkan saudaramu.

Kenapa isu peluru getah ini terlalu diperbesarkan oleh media- media Israel dan seluruh dunia, tetapi sikap kejam tentera Israel membunuh penduduk Palestin, merobohkan rumah-rumah mereka, menghalau mereka dari penempatan, tetapi didiamkan begitu sahaja? Atau adakah sekiranya kebiadapan mereka ini berjaya direkodkan secara langsung, barulah ia diketegorikan sebagai jenayah dan tidak bermoral? Walhal, kesan kebiadapan tentera Israel ini masih boleh dilihat dengan jelas seperti yang berlaku di Sabra-Shatila, walaupun peristiwa hitam ini telah berlalu lebih daripada 20 tahun. Begitu juga seperti yang berlaku di Jenin pada tahun 2002. Mangsa sikap biadap mereka ini pastinya tiada pembelaan sekiranya tiada Khalifah yang akan melancarkan jihad menghancurkan Isarel dan kebiadapannya. Malah isu-isu akan berakhir dengan 1001 kebisuan oleh seluruh pemimpin umat Islam pada masa ini yang aqidahnya adalah sama seperti aqidah Ashraf Abu Rahma, mangsa- mangsa di Sabra-Shatila, Jenin dan seluruh bumi umat Islam yang dinodai tangan- tangan rakus kuffar barat. Kita pastinya inginkan seorang Khalifah, sebagaimana Khalifah Mu’tasem yang terus melancarkan jihad setelah mendengar laporan mengenai seorang muslimah yang diganggu oleh sekumpulan tentera kuffar.

Bersempena dengan memperingati 87 tahun jatuhnya Khilafah Islam, marilah kita mengorak langkah kehadapan, bergabung dan bersama- sama dengan barisan yang ikhlas dan amanah, yang telah berjanji dengan Allah dan Rasulnya sebagai penjaga agama Allah agar cahaya rahmat Islam akan menyinari seluruh isi alam ini di bawah naungan Al-Khilafah. Wassalam.

No comments: