Tuesday, August 26, 2008

Kekuasaan Rebutan Sekular VS Kekuasaan Anugerah Allah

Kekuasaan Rebutan Sekular VS Kekuasaan Anugerah Allah

Setelah laporan liwat dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008 lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dengan lantangnya meyatakan bahawa itu semua merupakan konspirasi politik yang ingin membunuh karieer politiknya sebagaimana yang pernah terjadi pada tahun 1998 dahulu. Malah, beliau turut menyatakan bahawa “komplot” tersebut dibuat semata- mata untuk menyekatnya daripada mengumumkan yang beliau akan bertanding di pilihanraya kecil serta mengumumkan 5 orang ahli parlimen BN yang akan meyeberang parti ke Pakatan Rakyat (PR) pada minggu tersebut. Semasa melakukan road-show di beberapa tempat di serata Malaysia, DSAI membayangkan beberapa tempat yang bakal meyaksikannya bertanding dalam pilihanraya kecil. Pelbagai teka-teki dimainkan yang akhirnya terjawab apabila Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, selaku penyandang kerusi parlimen P.044 Permatang Pauh selama 10 tahun ini, mengumumkan pengundurannya sebagai wakil rakyat pada 31 Julai 2008 dan akan memberikan laluan kepada suaminya, DSAI untuk bertanding dalam pilihanraya kecil untuk mengisi kekosongan terancang kerusi tersebut.

Pada 8 Ogos 2008, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen P.044 dan terbuka untuk dipertandingkan. Sehari sebelum penamaan calon yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru berlaku antara Datuk Arif Shah Omar dari Barisan Nasional (BN), DSAI dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat iaitu pada 15 Ogos 2008, Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta menjadi saksi akan Mohd Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah laknat dengan menyatakan bahawa DSAI telah meliwatnya pada 26 Jun 2008. Lantas, dengan itu ada pihak yang mendakwa bahawa sumpah Saiful Bukhari tersebut semata- mata merupakan permainan kotor BN untuk semakin mencemarkan peribadi DSAI yang memang sudah sedia ada terpalit kotoran terutamanya menjelang penamaan calon pada keesokan harinya.

Kempen terus dilangsungkan dengan diwarnai pelbagai adegan seperti yang dilaporkan media massa. Memang ini merupakan lumrah bagi kempen pilihanraya dalam sistem demokrasi yang diwarnai dengan dipertontonkan adegan memukul wakil media, gaduh, raba, aksi lucah, isu bom palsu di bilik gerakan serta laporan polis yang telah lebih dari 40 laporan telah diterima, meskipun dilaporkan bahawa Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69 telah ditempatkan di Permatang Pauh. Selain warnanya dimulai di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu pada 22 Ogos 2008 semasa majlis penyampaian sumbangan sebanyak RM1.4 juta kepada masjid- masjid di sekitar Permatang Pauh dengan menyatakan yang beliau tidak terlibat dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Syaariibuu, malah tidak mengenalinya dengan harapan sumpahnya mampu membersihkan diri dari pertuduhan yang sering dilontarkan oleh DSAI yang sering mengaitkannya dengan kes tersebut. Selain itu, Pak Lah turut tidak terlepas berkempen dengan mengumumkan langkah popularnya menurunkan harga minyak antara 8 sen ke 22 sen seliter bermula 23 Ogos 2008.

Hari pengundian dijalankan pada 26 Ogos 2008 dengan kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan cuti umum agar memudahkan urusan pengundi- pengundi di Permatang Pauh untuk turun mengudi. Pos- pos mengundi dibuka seawal jam 8.00 pagi dan ditutup 5.00 petang sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang dengan peti yang terakhir tiba pada pukul 8.25 malam dari Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir. Semasa proses pengiraan undi dijalankan, beribu- ribu orang berkumpul di tempat penjumlahan undi dari penyokong parti yang bertanding. Apabila keputusan pilihanraya kecil ini diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), keputusan memihak kepada DSAI, yang telah menang dengan majoriti 15,671 undi dan disambut dengan tepuk sorak penyokong- penyokong yang sanggup berkumpul semenjak lewat petang. Ramai yang menyatakan bahawa, kemenangan DSAI bukanlah kemenangan bagi pengundi di Permatang Pauh, malah merupakan kemenangan bagi seluruh rakyat Malaysia. Bagi Timbalan Perdana Menteri pula, ia merupakan ”cermin kepada amalan demokrasi yang masih segar” di Malaysia.

Sebagai umat Islam, kita haruslah memandang bahawa memimpin dan menjadi seorang pemimpin merupakan satu amanah daripada Allah dan pembawa amanah haruslah meyempurnakan amanah tersebut dengan sebaik- baiknya berlandaskan suruhan serta larangan Allah. Amanah tersebut pastinya akan dipertanyakan oleh Allah di akhirat nanti. Hadis dari Ibnu Umar r.a meriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya bahawa Baginda telah bersabda:

"Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.”

Oleh itu, meskipun kemenangan yang diraih oleh DSAI melalui sistem kufur yang diterapkan sekarang ini, ia tetap merupakan satu amanah daripada Allah. Amanah agar mentadbir dan memimpin dengan hukum- hukum yang telah diturunkan Allah, dan bukannya dengan hukum- hukum selainnya. Kekuasaan merupakan anugerah Allah, dan bukannya satu barang perebutan, percakaran dan seterusnya menjadi agen perpecahan sesama umat Islam. Meskipun pelbagai konspirasi dilakukan dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk meraihnya, sekiranya Allah tidak mengkehendakinya, ia pasti tidak akan terjadi. Sebagaimana firman Allah :

È@è% ¢Oßg¯=9$# y7Î=»tB Å7ù=ßJø9$# ÎA÷sè? šù=ßJø9$# `tB âä!$t±n@ äíÍ\s?ur šù=ßJø9$# `£JÏB âä!$t±n@ Ïèè?ur `tB âä!$t±n@ AÉè?ur `tB âä!$t±n@ ( x8ÏuŠÎ/ çŽöyø9$# ( y7¨RÎ) 4n?tã Èe@ä. &äóÓx« ֍ƒÏs% ÇËÏÈ

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. [TMQ Ali Imran [3] : 26]


Bagi pejuang- pejuang yang benar- benar ikhlas menegakkan agama Allah di muka bumi ini dengan mendirikan semula Daulah Khilafah yang telah runtuh, mereka pastinya tidak akan lupa akan firman Allah :

ytãur ª!$# tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä óOä3ZÏB (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# óOßg¨ZxÿÎ=øÜtGó¡uŠs9 Îû ÇÚöF{$# $yJŸ2 y#n=÷tGó$# šúïÏ%©!$# `ÏB öNÎgÎ=ö6s% £`uZÅj3uKãs9ur öNçlm; ãNåks]ƒÏŠ Ï%©!$# 4Ó|Ós?ö$# öNçlm; Nåk¨]s9Ïdt7ãŠs9ur .`ÏiB Ï÷èt/ öNÎgÏùöqyz $YZøBr& 4 ÓÍ_tRrßç6÷ètƒ Ÿw šcqä.ÎŽô³ç Î1 $\«øx© 4 `tBur txÿŸ2 y÷èt/ y7Ï9ºsŒ y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbqà)Å¡»xÿø9$# ÇÎÎÈ



“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganKu. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” [TMQ An-Nur [24] : 55]"


Bagi DSAI pula, ini merupakan peluang cerah bagi beliau untuk melakukan muhasabah secara lebih terbuka terhadap para pemimpin Malaysia, agar kembali kepada agama Allah, dengan menerapkan Islam dalam pemerintahan dan bukannya memerintah menurut hawa nafsu yang tanpa panduan dari Al Quran dan sunah Rasulullah. Muhasabah ini haruslah dilakukan sedaya upaya agar keadilan dan keamanan yang dilaksanakan oleh pemerintah merupakan keadilan dan keamanan Islam, dan bukannya keadilan dan keamanan sekular yang tak pernah berlaku adil tak pernah aman.


Wallahu a'lam

Abu Yusuf Muhammad

No comments: